25 Nov 2015

Kau Si Gemuk Aku 60



Truttt!Trutt!

Opocot! Terkejut aku. Sejak tukar bunyi pesanan ringkas klasik ni aku asyik terkejut je.

Tersengih bibirnya bila nama Amirul sebagai pengantar,

'Oi, dah makan ke?'

Cis, Tu je nak tanya ke? Anita membalas. 'Dah'.

'Ala.. baru nak ajak makan sekali.' Balas Amirul kembali.

Anita menekup muka sambil digoyangkan badannya macam 'vibrate phone'. Gedik pulak dirasakannya. Tak sedar langsung dia berada di pejabat sekarang ni.

"Hoi!"


"Opocot mak kau!" Anita terkejut. Terlompat sedikit punggungnya. Cis, tak guna punya kawan.

"Kau ni dah kenapa? Dari dalam aku tengok tersengih-sengih macam kerang busuk kat sini. Gila ke?" Evelin menyandarkan bahunya ke dinding. Bingung betul dia. Sejak dua menjak ni Anita lain macam.

Anita sengih sambil menutup mulut. Jarinya bermain-main diatas meja. Lehernya kalau boleh diteleng ke belakang mahu sahaja di telengkan aje. Oh, gedikkan?

"Oi, dengar tak aku tanya ni?" Evelin buat-buat marah. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku ni.

"Dengarlah! Kau ni. Tak boleh tengok aku senang eh? Kacau je... " Usik Anita.

"Amboi-amboi, sedapnya cakap. Kau nak makan stapler ni?" Evelin capai stapler di atas meja lalu disuakan muka Anita.

"Garangnya!" Anita mencebik.

"Mahunya tak garang. Nanti masa diner sila cerita okey? I smell something fishy-fishy. Jaga kau!" Evelin mencubit geram lengah Anita.

"Auch! Sakitlah." Jerit Anita. Evelin sudah masuk ke bilik pejabatnya. Anita pula menyambung melihat telefonnya. Seronoknya dia rasa.

Tiba-tiba dia rasa suram. Entahlah kenapa. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku antara dia dan Amirul. Cuma sejak kebelakangan ni Amirul selalu menghubunginya melalui pesanan ringkas. Kadang-kadang bertanya khabar. Kadang-kadang bertanya soal makannya.

Datin Sari pun tak terkecuali. Rasa macam sudah menjadi separuh keluarganya pula. Huhu.

Truttt!Trutt!

"Omak kau!" Anita terkejut lagi. Ditekup dada kuat. Semangat kus-kusnya ini entah bila nak baik. Baik tukar bunyi telefon ni. Eh, tapi siapa lagi yang sms ni. Aku belum balas sms si galah ni lagi tadi.

'Oi..'

Oi oi, karang aku sekehhh. Aku ada namalah! Marah Anita. Digigit-gigit bawah bibirnya geram. Si Amirul ni nak aku kenalkan diri balik ke apa. Oi oi. Sedap-sedap ibu abah bagi aku nama tahu!

'Nama aku Anita. Bukan oi.'

Amirul tersengih selepas membaca balasan dari Anita. Ya, itu yang dia tunggu. Lalu dia segera membalas.

'Oo..cik Anita ya. Saya Amirul. Salam perkenalan.'

Anita pelik. Dah kenapa mamat galah ni kenalkan diri pulak. Anita membalas sekadar melayan. Anggapnya Amirul bergurau sahaja.

'Ya, selamat berkenalan Amirul.'

Beberapa minit kemudian, sms masuk lagi. 'Cik Anita dah berpunya?'

Anita sengih. Dah, tapi belum lagi. Eh, macam mana nak cakap ek kalau orang yang alami hubungan complicated macam aku ni?

Lalu Anita membalas. 'Tak ada siapa nak kan saya ni. Gemuk orangnya.' huhu. Ala, baiknya ayat aku. Bisik Anita.

'Kalau saya nak, Cik Anita sudi ke?'

Terbeliak mata Anita. Biar betik??

'Main-mainlah kau ni galah. Dah-dah. Aku nak buat kerja ni.' Akhirnya itu yang Anita balas.

Sms yang Amirul terima membuatkan dia sedikit kecewa. Ah, Anita ni masih main tarik tali dengannya. Macam mana nak terus terang yang dia memang tak main-main dengan kata-katanya.

Si gemuk ni pun satu. Orang dah bagi green light ni, tak nampak-nampak. Nak kena cungkil biji mata agaknya.

Amirul menyambung kerjanya. Serabut juga kepalanya sejak bertemu semula dengan Anita. Kebetulan pula Anita boleh berkenalan dengan mamanya. Adakah ini satu petanda yang tuhan nak memudahkan jalannya.

Selama beberapa bulan dia cuba menjauhkan diri. Sedikit pun tidak hilang wajah si montel itu dari mindanya. Asal ada masa terluang pasti kenangan akan mengusik jiwanya.

Mama pula pantang kalau terserempak mukanya. Ada saja tentang menantu yang keluar dari mulut. Nak itulah nak inilah. Semakin serabut. Sesak dadanya.

Menjauhkan  diri adalah satu-satunya cara yang dia mampu fikir buat masa sekarang sebelum kehadiran semula Anita di depannya merubah segalanya.

Dia cuba tekad untuk memulakan langkah semula. Dia mahu mendapatkan Anita. Tapi dia buntu. Entah dengan cara apa yang dia harus lakukan.

Terus masuk meminangkah? Bukan dia tak tahu selok belok ke rumah Anita. Haish, kalau ikut kepala gila aku, memamg aku masuk meminang terus. Tapi kalau abah Anita tolak aku mentah-mentah. Lagi haru.

Fail kerja ditutup. Dia dah tak boleh buat kerja. Semua kerja ditolak ke tepi. Pensil dilakar-lakar di atas kertas putih. Sedikit-sedikit akhirnya lakarannya menjadi wajah Anita. Ah, gila aku macam ni.

Kiri kanan si gemuk tu kacau aku!

*  *  *  *

Tamat Bab 60. 
Maaf. Haha. Maaf-maaf.
Idea tak de la korang. Sakit kepala nak fikir. Ni pun terfikir-fikir nak publish tak. Haha.
Akhirnya tekan jugak publish tu.
Tak kisahlah pendek ke panjang bab ni.
Yang penting, kemahuan korang harus di capati. 
Ehh, haha.
Happy reading ya. Muahh.

*  *  *  *


Ni bukan saya tahu. :p


Assalamualaikum.

Suka tak? Siapa nak?
Angkat tangan!

Sleeveless dress dan cardigan hanya RM80 sahaja.
Dress boleh digandingkan dengan mana-mana cardigan lain.
Tak adalah panas sebab sleeveless kan?

Dress ada dua warna sahaja. Beige dan pink.

Measurement:
Cardigan:
Shoulder:42cm
Sleeve:56cm
Length:112cm
Bust:102cm

Dress:
Length:148cm
Bust:94cm

Beli sekarang, percuma shawl yang model pakai tu dan postage. Wooow. Hari ni je tahu promosi ni. Nak nak nak?

Order what apps 011.2373.9132 sekarang.
Selagi stok masih ada.

Preorder 1 Minggu.



No comments:

Post a Comment