25 Nov 2015

Kau Si Gemuk Aku 60



Truttt!Trutt!

Opocot! Terkejut aku. Sejak tukar bunyi pesanan ringkas klasik ni aku asyik terkejut je.

Tersengih bibirnya bila nama Amirul sebagai pengantar,

'Oi, dah makan ke?'

Cis, Tu je nak tanya ke? Anita membalas. 'Dah'.

'Ala.. baru nak ajak makan sekali.' Balas Amirul kembali.

Anita menekup muka sambil digoyangkan badannya macam 'vibrate phone'. Gedik pulak dirasakannya. Tak sedar langsung dia berada di pejabat sekarang ni.

"Hoi!"

6 Mar 2015

Kau Si Gemuk Aku 59


Duduk tegak tak kena. Duduk senget tak selesa. Ke kanan dia asyik kena pejam mata, ke kiri pulak mana biasa. Terkebil-kebil matanya ke kanan kiri. Alamak.. lamanya aku mimpi. Kali ni macam 'real' je. Bangunlah, Anita! Bangunlah!

"Anita, makanlah kuih ni." Mak Enon tersenyum ramah sambil menghulurkan sepiring kuih.

Anita sengih. Kepalanya tunduk sembilan puluh darjah walaupun tangannya mencapai kuih huluran Mak Enon. Dia kenyit matanya ke kanan. Aduhh! Tajamnya. Rasa macam mencucuk-cucuk ke jantungnya. Kenapa pandang macam tu? Isk. Isk. Please wake up, Anita.

"Antie, dah lewat ni. Anita balik dulu, ye? Ujar Anita separuh merayu. Dia rasa sedikit bersyukur bila jam sudah hampir ke sebelas malam. Jadi dia sudah punya alasan kukuh kalau nak berundur. Tak tahan nak lama-lama di sini.

"Nak balik? Ala.. tak puas auntie berbual lagi. Hmm.. Anita tidur sini jelah."

"Apa?!" Bulat mata Anita. Datin Sari ni biar betul? Huhu.

16 May 2014

Kau Si Gemuk Aku 58

"Jemputlah masuk Anita. Rumah auntie ni kecil je. Masuk." Jemput Datin Sari.

Kecil kata dia. Pintu masuk pun dah lima kali besar dari aku. Dia kata kecil lagi? Nak besar mana lagi? huhu.

"Anita duduk dulu. Nanti auntie bawakan air." Ujar Datin Sari. Dia hendak berlalu ke dapur.

"Eh, tak pe auntie. Susah-susah je." Cegah Anita segera. Tak mahu dia menyusahkan sesiapa.

"Tak susah pun Anita. Auntie berterima kasih sebab Anita sudi teman auntie shopping tadi. Minum sikit ya?" Ujar Datin lagi. Segera dia berlalu ke dapur.

14 May 2014

Kau Si Gemuk Aku 57

Sudah tiga bulan dia kembali ke tanah tempat dia menuntut ilmu dahulu. Tapi kali ini bukan sebagai pelajar tetapi sebagai pembantu peribadi kepada syarikat sahabatnya sendiri.
Hari minggu sebegini jarang sekali Anita keluar berjalan-jalan. Tetapi entah kenapa matanya gatal pula hendak keluar Window Shopping. Memandangkan badannya yang semakin berisi ni bertambah berisi, dia terpaksa cari baju yang baru dan yang lebih longgar. Huhu.

Anita ke shopping complex tempat dia datang dengan Amirul dahulu. Terkenang pula saat dia bergaduh semata-mata hendak cari baju yang sepadan dengan Amirul. Ketawa dia sendirian.

Rindu. Ya, dia rindu. Siapa yang tidak rindu? Mungkin hantu. Dah tiga bulan dia bekerja di sini tapi sekali pun tidak pernah terserempak dengan Amirul. Apatah lagi menerima panggilan darinya.

Selama tiga bulan ini jugalah dia mendalami perasaannya. Ya, benarlah yang dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu. Namun, cintanya tak kesampaian gara-gara tindakannya menolak. Menyesal!

19 Feb 2014

Kau Si Gemuk Aku 56

Telefon rumah berbunyi lagi. Anita segera berlari dari arah dapur. Dia sedang memasak tadi. Kali pertama telefon rumahnya berbunyi tadi dia tak sempat hendak mengangkatnya. Ibu sudah bising-bising bila dia sengaja melengah-lengahkan masa untuk menjawab telefon.
"Assalamualaikum." Ujar Anita sebaik sahaja gagang telefon diletakkan ke telinganya.

27 Dec 2013

Kau Si Gemuk Aku 55

"Beb, cuba teka... " Ujar Evelin di corong telefon.

"Apa? Aku tak ada moodlah nak main teka-teki." Ujar Anita berbasi-basi. Moodnya memang tak ada sejak dia pulang ke kampung dua minggu lepas. Duduk tak kena. Makan tak kenyang. Sampai mandi pun rasa macam tak basah. Parah sangat.

"Beb, serius tak nak teka? This is good news! Sampai hati kau tak nak teka." Ujar Evelin berjauh hati. Baru hendak bermanja-manja selepas dua minggu berpisah. Sudahlah Anita tak menghubunginya langsung sepanjang dua minggu itu berlalu. Sibuk sangat agaknya sampai telefon pun tak sempat.

10 Dec 2013

Kau Si Gemuk Aku 54

“Tak guna! Tak guna!Aaaaa..!!!”

Amirul mencucuk telinga kirinya. Kuat betul minah ni jerit. Tangan kanan kuat memandu stering kereta.

“Kau sengaja nak malukan aku kan? Kan? Kaaaannn?!” Anita menghentakkan kakinya. Geram betul dia dengan tindakan Amirul tadi.

Amirul hanya ketawa. Sebab tu je marah? 

“Eiii…gila! Gilaaaaaa!” Anita memukul bahu Amirul. Geram betul dia bila Amirul hanya tahu ketawa tak henti-henti. Benci!

“Adoi!”

“Hantar aku balik! Aku nak balik!” jerit Anita lagi.

10 Nov 2013

Kau Si Gemuk Aku 53

Resit keluar hostel di lipat kemas lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Evelin sibuk mengira beg pakaiannya. Takut-takut ada yang tertinggal. Mana mungkin dia meninggalkan mana-mana bajunya di sini. Semua bajunya dalah kesayangannya.

“Tak habis lagi kira?” peril Anita.

“Belum. Tadi aku kira dua belas. Ni jadi sebelas pulak. Mana lagi satu ni?” Evelin menarik tiap-tiap begnya. Ada yang kecil, ada yang besar. Takut-takut yang ke dua belas itu beg yang kecil. Mungkin terselit di salah satu beg.

“Hah, ada pun!” suka Evelin bila terjumpa begnya yang terakhir. Terus dipeluknya beg kecil itu.

1 Nov 2013

Kau Si Gemuk Aku 52

Malam ini membuatkan Anita lagnsung tidak boleh lelap. Matanya masih segar walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Ya Allah. Apa yang berlaku pada aku ni? Tak boleh jadi ni.

Anita bangun. Lalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat disusuli dengan Istikharah.

Usai istikharah. Anita mengeluarkan kotak kecil berbaldu biru. Kotak cincin yang diberikan oleh Amirul petang semalam.

10 Oct 2013

Kau Si Gemuk Aku 51

“Lepaslah. Oit, pekak ke?” sakit lengannya. Amirul ni memang suka-suka hatinya saja. Ingat aku ni barnag mainan ke? Tak guna punya papan ni. Macam mana aku boleh suka kat mamat macam dia ni?

“Cepatlah sikit jalan tu. Terhegeh-hegeh betullah si gemuk ni.” Ujar Amirul. Tangannya kuat menarik lengan Anita yang sebesar dua penumbuknya itu. Banyak lemak betul. Berat pulak tu nak tarik si gemuk ni. Hish!

“Kau nak buat apa tarik aku ke sini? Lepaslah. Tak malu ke orang tengok? Kau kan ‘artis’ kolej ni. Jatuh la saham kalau asyik dengan aku je.” Ujar Anita geram.